Wednesday, 28 October 2015

SAYA


Assalammualaikum.  
    Saya FARHANA NADIA BINTI JOHARI berumur 24 tahun.Saya dilahirkan pada 16 April 1991 di Hospital Alor Setar Kedah. Saya anak ketiga daripada lima orang adik beradik . Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Beseri Perlis dari darjah satu hingga darjah Enam. Saya meneruskan pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. memandangkan keputusan  SPM saya agak memuaskan, saya dapat menyambung pelajaran di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dalam bidang perakaunan seama tiga tahun. Apa yang saya harapkan saya akan menjadi seorang akuantan pada suatu ketika nanti. Selama berada di politeknik banyak  pengalaman yang dapat saya perolehi. Selama saya di sana, saya aktif dalam persatuan fasilitator. saya suka menyertai persatuan ini kerana saya dapat bergaul dengan ramai orang. Melalui Persatuan ini saya dapat mempelajari cara mengendali sebuah program. Setelah tiga tahun menempuh hidup di Politeknik, saya dapat menyambung pelajaran saya ke peringkat lebih tinggi.  Ini merupakan perkara yang tidak saya jangkakan. 
Saya ditawarkan memasuki Universiti Utara Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Dalam Kepujian (Sains Pemutusan). Apakah Sains Pemutusan ??. itu perkara pertama yang saya fikir sebelum menceburi bidang ini. Menurut sumber yang diperolehi, sains pemutusan itu ialah satu bidang dimana seseorang membuat satu keputusan menggunakan beberapa teknik dan "software". Saya agak berat untuk menerima tawaran ini disebab kan tidak minat dengan bidang yang ditawarkan. Tapi atas pujukan emak dah abah saya menerima tawaran tersebut. Setelah melalui semua liku- liku hidup dalam bidang ini, saya mendapat tidak la begitu teruk seperti apa yang dijangga pada permulaan. Sekarang saya sudah berada di tahun tiga di Universiti Utara Malaysia. Sekian.


No comments:

Post a Comment