Thursday, 29 October 2015

GADJET SAYA

Saya telah mengenali gedjet ini pada usia 12 tahun ..ianya amat bermakna pada saya ketika itu walaupan dianya tidak mempunyai pelbagai aplikasi yang menarik.
Telefon ini merupakan gedjet kedua dalam hidup saya. Saya terpaksa menahan lapar untuk memiliki gadjet yang diminati ini. Telefon ini mempunyai pelbagai fungsi yang manarik minat saya pada ketika itu. ia mempunyai camera cyber-shot, yang mampu menangkap gambar dengan jeles.
Setelah gadjet sony saya mengalami kerosakan disebabkan jatuh dalam air, saya membeli gedjet yang bejenama samsung. Dengan gedjet ini saya dapat melayari internet dan menyimpan pelbagai maklumat yang penting. selain itu ia mempunyai kapisiiti yang lebih untuk menyimpan maklumat dan mempunyai aplikasi yang boleh menyimpan maklumat dengan rahsia.

PENGALAMAN SELAMA 4 TAHUN DI UUM

Assalamualaikum..

 Menjejak kaki di bumi sintok banyak memberi pengalaman pahit dan manis dalam hidup saya. pelbagai perkara yang berlaku selama 7 semester saya berada di Universiti Utara Malaysia
Pada tahun  pertama, menjadi satu masalah bagi semua pelajar baharu untuk mencari kelas dan menaiki bas. perkara yang tidak dapat saya lupakan ialah menaiki bas. Bas yang sepatutna saya naiki ialah bas A, tapi malangnya disebabkan kesesakan dan kekalutan saya menaiki bas D untuk pulang ke dewan penginapan pelajar. Bas D diperuntukan untuk ke dewan penginapan bukit kachi sahaja, sedangkan saya mahu ke dewan peginapan pelajar tenaga nasional berhad. disebabkan kesalahan tersebut saya terpaksa menunggun bas dari laluan D selama sejam untuk pulang ke dewan penginapan saya.Semasa berada di semester kedua, saya mengalami sedikit konflik untuk meneruskan program yang sediaada, disebabkan oleh beberapa masalah subjek yang dihadapi semasa berada di semster satu. saya terpaksa turun naik pejabat untuk menukar kos. Tapi malangnya dekan tidak mengizinkan saya membuat pertukaran kos, Dia menasihati saya supaya untuk meneruskan kos yang sedia ada kerana kos yang saya ambil banyak peluang perkerjaan di luar.

Pada tahun kedua berada di universiti, saya banyak melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjuran oleh dewan penginapan pelajar tenaga nasional berhad. pada permulaan semester menjadi fasilitator untuk pengambilan pelajar baharu. Saya juga terlibat dengan aktiviti bakti siswa yang di anjurkan oleh dewan penginapan pelajar tenaga nasional berhad yang bertempat di Taman Negara Pahang.Melalui aktiviti tersebut saya dapat mempelajari liku - liku kehidupan orang asli di Pahang.

Pada tahun ketiga, saya banyak meluangkan masa mengulangkaji pelajaran ianya disebabkan banyak subjek yang sukar untuk saya kuasai. Saya banyak membuat perjumpaan kumpulan untuk selesai beberapa soalan yang agak sukar.

Pada tahun terakhir, saya menghadapi peristiwa yang tidak bole dilupai. ianya terjadi pada pengakhiran semester enam. Pada suatu petang saya mendapat satu panggilan daripada kampung mengatakan abah saya kritikal. Saya terpaksa meninggalkan kelas dan terpaksa terus hospital. Genap 3 minggu abah saya berada di hospital, dia telah kembali kerahmatullah tepat pukul 2.00 pagi  3/6/2015. AL-FATIHAH..
SEKIAN..

Wednesday, 28 October 2015

ASAM JAWA




Asam jawa  ialah sejenis pokok hijau yang menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan. Sejarah pokok ini daripada nama "dakar' dari negeri senagal, yang bereti pokok asam jawa. pokok ini ialah tumbuhan semulajadi daripada benua afrika dan sekarang tersebar ke merata dunia. Pokok ini diperkenalkan ke negara-negara di asia melalui pedagang-pedagang arab yang datang singgah ke asia tenggara. India ialah negara yang mempunyai tanaman dan ladang asam jawa yang paling luas di dunia.
Pokok asam jawa ini boleh dijadikan pokok teduhan disebabkan pokok ini jenis yang rendang dan tinggi. Buah asam ini bole dijadikan penambah perasa dalam makanan selain itu boleh dijadikan ubat. untuk proses pembuatan asam jawa, buah mula dikutip apabila sudah masak. Apabila semua buah sudah dikumpul, proses pembuangan kulit dilakukan. selepas itu buuah tersebut hendaklah di jemur sehingga kering. ianya disebabkan untuk memudahkan proses pembuangan biji buah asam.
selepas buah asam dikeringkan, proses pembungan biji dilakukan. tetapi bagi sesetengah orang poses pembuang ini tidak dilakukan. selepas semua proses di lakukan, buah asam tersebut hendaklah digaulkan dengan sedikit garam untuk penambahan rasa. ianya bole di simpan di dalam bekas kedap udara. bagi sesetengah pendapat buah ini patut di kukus selepas proses pemerapan dengan garam kerana bagi melembutkan asam tersebut.
Asam jawa ini bole digunakan untuk pelbagaii kegunaan. ia bole digunakan dalam masakan dan minuman. Untuk yang mengidap darah tinggi dan ini membuang lemak dalam badan, air asam jawa bole digunakan dengan membuat air minuman harian. Selain itu air asam jawa juga bole menyembuhkan demam dengan menjelum air asam jawa ke kepala pesakit. Insyaallah sembuh.

SAYA


Assalammualaikum.  
    Saya FARHANA NADIA BINTI JOHARI berumur 24 tahun.Saya dilahirkan pada 16 April 1991 di Hospital Alor Setar Kedah. Saya anak ketiga daripada lima orang adik beradik . Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Beseri Perlis dari darjah satu hingga darjah Enam. Saya meneruskan pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. memandangkan keputusan  SPM saya agak memuaskan, saya dapat menyambung pelajaran di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dalam bidang perakaunan seama tiga tahun. Apa yang saya harapkan saya akan menjadi seorang akuantan pada suatu ketika nanti. Selama berada di politeknik banyak  pengalaman yang dapat saya perolehi. Selama saya di sana, saya aktif dalam persatuan fasilitator. saya suka menyertai persatuan ini kerana saya dapat bergaul dengan ramai orang. Melalui Persatuan ini saya dapat mempelajari cara mengendali sebuah program. Setelah tiga tahun menempuh hidup di Politeknik, saya dapat menyambung pelajaran saya ke peringkat lebih tinggi.  Ini merupakan perkara yang tidak saya jangkakan. 
Saya ditawarkan memasuki Universiti Utara Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Dalam Kepujian (Sains Pemutusan). Apakah Sains Pemutusan ??. itu perkara pertama yang saya fikir sebelum menceburi bidang ini. Menurut sumber yang diperolehi, sains pemutusan itu ialah satu bidang dimana seseorang membuat satu keputusan menggunakan beberapa teknik dan "software". Saya agak berat untuk menerima tawaran ini disebab kan tidak minat dengan bidang yang ditawarkan. Tapi atas pujukan emak dah abah saya menerima tawaran tersebut. Setelah melalui semua liku- liku hidup dalam bidang ini, saya mendapat tidak la begitu teruk seperti apa yang dijangga pada permulaan. Sekarang saya sudah berada di tahun tiga di Universiti Utara Malaysia. Sekian.


Tuesday, 29 September 2015

KREN JATUH DI MASJIDIL HARAM

ASSALAMUALAIKUM.. <3 <3 <3

Kemalangan kren jatuh di Masjidil Haram??
Kejadian ni berlaku pada 12/09/2015 di mana kebanyakan jemaah haji sedang melakukan tawaf di Kaabah dan berjalan dia antara gunung Safa dan Marwah. ianya berikutan berlakunya ribut pasir dan hujan lebat yang melanda mekah pada 11/09/2105. Ia melibatkan seramai 107 maut dan 238 cedera. Manakala menurut laporan terkini seramai 5 orang jemaah haji dari malaysia disahkan meninggal.









Senarai Jemaah Haji Malaysia Yang terlibat.

1. Zainul Arifin Bin Zulkifli (36 Thn)
Batu Caves, Selangor
2. Mat Deris Bin Mohd Noor (62 Thn)
Bachok, Kelantan
3. Faridah Binti Mat Yacob (46 Thn)
Bachok, Kelantan
4. Rusiah Binti Baba (50 Thn)-
Cheras, Kuala Lumpur
5. Noordin Bin Wahab (59thn)
Kuala Terengganu
6. Ahmad Muzafar Bin Mamat@ Adam (39 Thn)
Bangi, Selangor
7. Mohd Nor Azman Bin Hassan (44 Thn)
Cheras, Selangor
8. Faridah Binti Mansor (63 Thn)
Dungun, Terengganu
9. Mohd Sharif Bin Meon (64 Thn)
Klang, Selangor
10. Abdul Razak Mahmood (61 Thn)
Tanah Merah, Kelantan


5 jemaah haji yang disahkan meninggal.