Assalamualaikum..
Menjejak kaki di bumi sintok banyak memberi pengalaman pahit dan manis dalam hidup saya. pelbagai perkara yang berlaku selama 7 semester saya berada di Universiti Utara Malaysia
Pada tahun pertama, menjadi satu masalah bagi semua pelajar baharu untuk mencari kelas dan menaiki bas. perkara yang tidak dapat saya lupakan ialah menaiki bas. Bas yang sepatutna saya naiki ialah bas A, tapi malangnya disebabkan kesesakan dan kekalutan saya menaiki bas D untuk pulang ke dewan penginapan pelajar. Bas D diperuntukan untuk ke dewan penginapan bukit kachi sahaja, sedangkan saya mahu ke dewan peginapan pelajar tenaga nasional berhad. disebabkan kesalahan tersebut saya terpaksa menunggun bas dari laluan D selama sejam untuk pulang ke dewan penginapan saya.Semasa berada di semester kedua, saya mengalami sedikit konflik untuk meneruskan program yang sediaada, disebabkan oleh beberapa masalah subjek yang dihadapi semasa berada di semster satu. saya terpaksa turun naik pejabat untuk menukar kos. Tapi malangnya dekan tidak mengizinkan saya membuat pertukaran kos, Dia menasihati saya supaya untuk meneruskan kos yang sedia ada kerana kos yang saya ambil banyak peluang perkerjaan di luar.
Pada tahun kedua berada di universiti, saya banyak melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjuran oleh dewan penginapan pelajar tenaga nasional berhad. pada permulaan semester menjadi fasilitator untuk pengambilan pelajar baharu. Saya juga terlibat dengan aktiviti bakti siswa yang di anjurkan oleh dewan penginapan pelajar tenaga nasional berhad yang bertempat di Taman Negara Pahang.Melalui aktiviti tersebut saya dapat mempelajari liku - liku kehidupan orang asli di Pahang.
Pada tahun ketiga, saya banyak meluangkan masa mengulangkaji pelajaran ianya disebabkan banyak subjek yang sukar untuk saya kuasai. Saya banyak membuat perjumpaan kumpulan untuk selesai beberapa soalan yang agak sukar.
Pada tahun terakhir, saya menghadapi peristiwa yang tidak bole dilupai. ianya terjadi pada pengakhiran semester enam. Pada suatu petang saya mendapat satu panggilan daripada kampung mengatakan abah saya kritikal. Saya terpaksa meninggalkan kelas dan terpaksa terus hospital. Genap 3 minggu abah saya berada di hospital, dia telah kembali kerahmatullah tepat pukul 2.00 pagi 3/6/2015. AL-FATIHAH..
SEKIAN..